Saturday 8 September 2012

KARI KAMBING NaalerrekerQ :P



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Geng geng dapurku masak apa yer arini? Saya masak nilaaa.. Kari Kambing baekkk punyerrr.. Memang betoi betoi Naalerrekerq lah.. hehehh.. Bukannya nak naik lift tekan sendiri tapi memang puas sangat makan bila masak sendiri. Cukup koww ngan secukup rasa pedas dan rempahnya.. Kuahnya yang pekat giteww.. Yeayhhh.. Orang lain takyah citerlaa.. Saya sendiri pon makan tak hengat.. Tapi ada gaklaa hadnya kann.. Apa apa pun kenalah bersederhana. Insyaallah.. Selamat.. :)




Mau sebulan ada daging kambing ni duduk dalam peti sejuk tu, baru ni jadi lauknya. Asyik postpone jer dek macam macam hal yang jadi. Ni pon menu apa yang jumpa dalam peti tu jer. Gorengkan ikan Terubuk jeruk yang dulu beli kat Kota Kinabalu ngan Pappadom. Sayur pon takder kesahnya, nak kuar gi kedai tak berapa rajinlaa pulak dah petang petang dekat nak berbuka tu. Makan jerlah buah buahan wat ganti sayur tu yer darling darlingku. Alhamdulillah harini dapat dah saya posa nam hari yang kelima dah. Tinggal esok jer lagi sari. Mudah mudahan kesampaian dan dipermudahkan. Hmm.. Nak tau tak cane gayanya saya masak KARI KAMBING ni? Kalau nak, jomlaa pi my dapoq sweet dapoq tu.. hikhik.. (",)




BAHAN BAHAN :

1 kg Daging Kambing ~~ pilih bahagian yang tak byk lemak
50 gm Rempah Kari Daging ~~ saya suka guna BABAS
3 sudu besar Cili Mesin ~~ blh tambah klu nak pedas lagi
3 susu besar Tomato Puree ~~ saya guna jenama Kimball
200 ml Santan Pekat ~~ saya guna santan kotak Ayam brand
3-4 biji Ubi Kentang ~~ dibelah 4
6-7 Tangkai Cili Hijau
Minyak untuk Menumis ~~ saya guna Minyak Jagung
Air Secukupnya atau Santan Cair ~~ utk merebus daging
4 sekawan ~~ kayu manis, bunga lawang, cengkih n buah pelaga
3 helai Daun Pandan ~~ disiat siatkan
Sedikit Daun Kari
1 biji Bawang Besar *
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
Garam Secukup Rasa




CARA CARANYA :

Bersihkan daging kambing dengan tepung gandum dan limau nipis untuk mengurangkan baunya dan toskan. Hiris nipis dan halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan dalam periuk yang bersesuaian dan tumis 4 sekawan tu dan semua bahan yang bertanda (*) hingga keperangan dan naik bau. Masukkan juga daun kari dan daun pandan. Bancuhkan rempah kari, cili mesin dan sedikit garam menjadi pes. Kemudian tumis atau goreng hingga garing, pecah minyak dan naik bau. Guna api kecil jer supaya rempah tu masak sempurna dan tidak hangit. Selepas tu masukkan tomato puree dan goreng sebentar.

Bila rempah dah cukup masak, masukkan daging kambing tadi dan biarkan dikecutkan atau dimasak sebentar dengan rempah tu tadi. Dikacau selalu supaya tidak melekat atau hangit di bahagian bawah periuk. Patah patahkan cili hijau ke dalamnya juga. Selepas itu baru dimasukkan air atau santan cair dan masak hingga daging tu empuk dan lembut. Bila sudah betul betul empuk bolehlah dimasukkan ubi kentang dan santan pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa. Jika suka lebih masam boleh ditambahkan lagi sedikit tomato puree. Kalau takder tomato puree boleh juga guna buah tomato tapi saya lagi suka guna tomato puree sebab lebih sedap masamnya dan kuah kari kita akan menjadi lebih cantik warna kemerahan giteww.




Sebelum dimatikan apinya, biar ianya masak sebentar dengan api kecil jer supaya terbit minyaknya. Barulah nampak berseri kari kita nanti. Lagi satu saya nak bagi tips, selain daun kari penggunaan cili hijau dan daun pandan tu amat penting jika saya memasak kari kambing. Ini dapat mengurangkan bau bauan kambing yang semua orang tau camner kuatnya tu dan juga menaikkan lagi aroma kari tu. Okeylah.. Rasanya siaplah dah kari kambing ni. Kalau ada apa apa yang saya terlupa bagi tau, nanti saya tambah. Maklumlah, hakaq ni dah pelan remaja kann.. hehehh.. Selamat Mencuba.




Ni pulak dessertnya.. PUDING TAHU yang sungguh nyaman jer tekak makan bila berbuka tadi. Macam taufufa pon ada rasanya. Insyaallah pada next N3 saya kongsikan resepinya pulak yer. Daaaa.. :)



6 comments:

rahel said...

Salam Shiela..
wah..bahasa ape tu? hihihi...kaw2 la kari kambing tu...sungguh menyelerakan.

Mas Sani said...

Salam perkenalan dr sy....
Cntik betul wane kari kambing tu, nmpk menyelarakn sungguh, nsb baik ler sy x mkn kmbing kalo tdk maun esok sy suh hubby cari dging kmbing hihihi...bila mengari ramai rakan blogger guna serbuk babas, mmg lg sedap dari adabi ye?

ibundo said...

salam shiela,
cantik kari tu. Pekat macam kari mamak. Tapi bundo tak pernah masak kari kambing sebab bundo tak makan. Orang lain yang nak makan kena cari sendiri kat kedai mamak hehe. Kalau buat akekah pun orang lain yang masak kan. Orang kata rugilah bundo tak makan kambing sebab dagingnya sedap...

Shiela said...

wsalam Rahel.. bahasa mamak tu dear...

Shiela said...

salam perkenalan juga Mas Sani.. tak taulaa nak cakap tapi saya mmg lebih suka guna rempah Babas.

Shiela said...

wsalam bundo.. betul laa bundo, mmg sedap daging kambing.. tp takleh mkn byk sgt jugak kann..