Tuesday 1 November 2011

SOTO.. for iftar today.. Alhamdulillah... :)

Puas sangat dapat makan SOTO buat sendiri.. Layannn...

Senang jer buad dia, macam buat sup ayam jer.. Tumis dgn sedikit minyak bawang merah, bwg putih sikit, halia yg dah diblend sampai kuning keemasan gitew, then masukkan pulak rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air.. masak kejap rempah tu, masukkan dlm 4 btg serai pulak.. bila dah naik bau dia.. masukkan air.. klu nak bubuh kiub ayam pon boleh.. pastu potong sikit lengkuas masukkan dlm kuah tu (klu tak suka lengkuas tkyah pon takper.. tp abah saya orang Johor, mmg dah biasa org Johor letak lengkuas dalam kuah SOTO).. then masukkan ayam yg dipotong 4 jer dlm kuah tu.. kecilkan api biar ayam tu masak perlahan2 utk dpt stock ayam tu.. Garam n gula, cam biasalaa.. secukup rasa.. Bila ayam tu dah masak, keluarkan n goreng.. pastu ayam tu bolehlaa disiat2 utk tabur pada soto tu nanti.. tulang2 ayam tu u masuk balik dlm kuah tu, masak perlahan lahan.. actually, kuah soto ni lg lama lagi sedap.


Yang lain tu, boleh dihidangkan dengan kacang tanah goreng, ayam yang disiat halus, bergedel, sohun goreng, daun sup/bawang dan bawang goreng serta sambal kicap cilipadi.. pergghh.. bestnyerr.. ;P


BERGEDEL.. betul ke spelling??

Bahan Bahan :

3 biji ubi kentang (saiz besar)
200 gm daging kisar
1/2 cawan tepong gandum
1 sudu besar rempah sup
sedikit daun sup/bawang (dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit lada sulah
garam secukup rasa (lbh kurang sudu kecil)
sedikit gula (1/4 sudu kecil)
2 biji telur


Cara Cara :

Ubi kentang yg telah dikupas bersih, dipotong wedges dan digoreng dgn api sederhana hingga masak. Kemudian dilenyek n ketepikan.

Tumiskan rempah sup yg dibancuh dgn sedikit air dgn sedikit minyak hingga garing. Kemudian masukkan daging kisar, sedikit garam n lada sulah, goreng hingga masak. Sejukkan.

Kemudian satukan semua bahan, gaul hingga rata dan sebati. Perapkan sekurang kurangnya 30 min. Lagi lama lagi sedap..

Bentukkan mengikut bentuk yg disukai, celup kedalam telur yg telah dipukul dan goreng dgn api sederhana hingga coklat keemasan...



1 comment:

Micheal Jackson said...

If you are looking for online adhd doctors near me
drug pharmacy to order your medication without prescription Global drug plug is the leading United states and Europe Pharmacy for your best medication online.