Friday 4 November 2011

'Bengkang Pandan'


Yeayyy!!!.. jadi dah 'Bengkang Pandan' yg pertama dlm idupku.. Krak Kruk kulit dia.. Mmm.. Best betul laa layan.. ;P


BAHAN BAHAN :
10 helai daun pandan
2 cawan air
1 kotak santan 200ml (Ayam Brand)
(blend semua bahan di atas dulu, tapis dan perah.. ketepikan)
1 tin susu cair
5 biji telor size A
1 cawan gula
1/2 cawan margerin
2 1/2 cawan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
secubit garam

CARA CARA :
Gaul rata semua bahan di atas di dlm sebuah bekas bersama perahan daun pandan dan santan yg di blend awal tadi. Kemudian, blend semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan yg telah dilenserkan dan bakar sehingga sehingga masak mengikut oven msg2 dlm suhu 170 darjah celcius. Selepas lebih kurang 15 min, taburkan bijan di atas permukaan bengkang dan sambung semula proses membakar. Setelah masak, cecepat sapukan sedikit margerin di atas permukaan bengkang yg panas.. lebih yummyy.. :P

** p/s: My mom ckp, klu lagi byk teloq lagi sedapp.. dan klu suka ada rasa cam berempah sikit pulak, blh blend 1/2 inci kulit kayu manis dgn daun pandan tu..

~~Selamat Mencuba~~



No comments: